Monday, March 28, 2016

Aku-Kita, Islam dan Dunia.

"(Al-Quran) ini tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh alam."
- Surah Sad (38:87) -


Hari ni, masa scroll Facebook terjumpa satu post tentang Islam and terrorism, dihiasi dengan terjemahan potongan ayat Quran dan mesej yang menarik. Alhamdulillah, teruja sat bila baca page luar share benda macam tu.

Beralih ke petak komen, mata berair. Baca setiap satu komen dari masyarakat dunia. Allahuakbar, terlepas jugak air mata bila baca setiap satu komen yang mengkritik hebat, ada yang menganggap ia satu pembohongan, ada yang berkata agama adalah ciptaan manusia, ada yang kata Nabi Muhammad S.A.W juga membunuh manusia ketika perang (sebenarnya mereka belum faham), ada yang kata dalam Quran ditulis supaya non-Muslim dibunuh (pun mereka sebenarnya salah faham), dan banyak lagi ayat-ayat pedih berbaur kebencian pada Islam.

Sebagai umat Islam, apabila kita terjumpa golongan ini, bukan beerti kita kena bertikam lidah, terus bergaduh dan melenting. Pertamanya, istighfar dan mohonlah keampunan. Kenapa? Sebab sikap buruk kitalah yang menjadi salah satu punca penolakan Islam di kalangan orang yang belum mengenali agama suci ini. Tapi kita sedar tak? Hm sebenarnya kita banyak lupa, atau mungkin lebih banyak sifat angkuh serta kurang mengaplikasikan ajaran Islam itu sendiri dalam diri kita. Misalnya, bila orang buat sesuatu yang tak baik, terus kita komen untuk membetulkan mereka dengan cara yang tak betul? Tahu tak macam mana? Kalau tak tahu,pergi je tengok kat mana page yang popular sikit, baca di ruangan komen.

Pernah juga terbaca dari komen seorang anak Sabah/Sarawak, cadangkan agar keluar Malaysia sebab yang komen negatif, biadap dan sebagainya, semua dari Semenanjung. Sedih kan? Ada kawan Sabah sorang dua depa kata kat sana sangat saling menghormati, orang Islam puasa Ramadhan lalu depan mata pun dorang simpan dulu makanan. Tapi hakikatnya, memang banyak sangat salahnya daripada diri kita sendiri (aku juga), bangsa kita sendiri, sekaligus mengheret sekali agama Islam. Kenapa? Sebab yang menonjolnya orang Melayu beragama Islam. Jadi mereka yang sinonim menganggap Islam adalah Melayu, terus melabel Islam begini dan begitu.

Silap teruk. Tapi...

"Ala macamlah bangsa lain bukan Islam tu tak cakap kesat, kau dah biasa jumpa pages Melayu memang la nampak salah bangsa sendiri je. Sedar sikit kau pun Melayu."

Wahai saudara dan saudari, percayalah, kalau aku mampu ubah nama bangsa sendiri, dah lama aku tukar jadi bangsa Menyegar, bukan Melayu dan kemudian gugur.

Ada je kekadang singgah pages/group Chinese, Japanese dan lain-lain. Kalau ada yang kesat dan kasar, apa kita boleh buat? Tonjolkan keindahan Islam itu melalui attitude. Itulah sewajarnya, berbanding melenting, maki hamun, semua tu memburukkan lagi ade lah TT____TT weh sedih la korang tak rasa ke apa yang aku rasa.

"Habis tu orang hina kita, usik kita, takkan nak diam je. Kau tak faham darah pendekar Melayu!"

Seriously, ayat di atas pernah berdesup kena panah kat aku sendiri. Hm bro, sis,

"Tolaklah perbuatan buruk mereka dengan (cara) yang lebih baik, Kami lebih mengetahui apa yang mereka sifatkan (kepada Allah)."
- Surah Al-Mukminun (23:96) -

Ingat tak yang Nabi Muhammad S.A.W tidak membalas kejahatan dengan kejahatan, tapi baginda balas dengan kebaikan sampai orang bukan Islam pada masa tu pun tertarik dan memeluk Islam. Bila kita lebihkan bangsa sehingga terlupa bersandarkan agama, itu dah salah. Memang lah budaya bangsa kita kekalkan, tapi jangan sampai melanggar batasan seperti yang digariskan dalam agama. Bro, bangsa lain yang berkulit putih, bermata sepet, berlainan bahasa dan budaya pun ada yang beragama Islam. Islam tak pernah ajar racism. Dan Allah lebih tahu setiap perkara bahkan di masa hadapan. Siapa tahu, hasil kebaikan yang kita pamer tu bakal menyentuh hati mereka untuk kembali ke agama fitrah ini.

Okaylah macam ni. Kita perlu hidupkan semula hati kita dengan ajaran Islam. Penuhilah apa yang wajib, solat, baiki solat, baca Quran, baca lagi terjemahan Quran supaya boleh faham, dan rujuk kepada guru, jangan main faham sendiri, kita perlu rujuk pada yang lebih arif. Jadi, carilah kawan, teman, dan guru yang boleh bantu kita. Serious ni TT___TT jangan cakap belum sampai seru. Quran dah lama seru. Bukalah pintu hati masing-masing. Akhlak ni penting sangat sebenarnya. Melalui akhlak itulah yang bakal menarik perhatian mereka. Kalau kita tak tunjuk keindahan tu, macam mana orang nak percaya. Sama juga meniaga barang, nak jual sofa terlajak murah RM50, kita cakap lawaaaaaa, material tiptop, warna coklat dan sebagainya, customer duk bayang dengan imaginasi sendiri je, tak boleh nak catch up lawa tu macam mana. Berbeza bila kita offer depan mata, paling-paling pun ada gambar.
Cuba baca buku "Ada Iman, Baru Syok, Ada FIGHT. by Adam Corrie", ada je dia share macam-macam lagi-lagi pentingnya akhlak. Sehari baca boleh habis, ringkas tapi isi tu penting.

Walaupun posting ni dah panjang berjela, tapi baru sikit. Kupas satu hal je. Belum lagi masuk fitnah agama. Kita pun tahu agama Islam pun kena fitnah, asal kena bom je ISIS buat. Yang peliknya sehari kena bom dah ISIS mengaku bertanggungjawab. Macam mana pihak media tahu ISIS mengaku, sms ke email ke skype ke apa (okay emosi hm). Mudah pula mengaku, tapi pernah ke kita terfikir macam mana media sebarkan fitnah. Tak tahulah sejauh mana benarnya pelaku itu Islam. Sedangkan Islam melarang keras membunuh nyawa yang tak berdosa. Bahkan kita diajar supaya menghormati orang lain walaupun berbeza agama, budaya, dan lain-lain.

Sebab tulah aku sendiri kurang tengok tv. Kalau tv show penuh dengan gosip dan hiburan berlebihan, sakit sangat dah kita. Drama pun dah tak realistik, kurang pengajaran. TT___TT Kalau media sosial tu, sama juga. Cuma kita yang pilih guna untuk apa. Itu pun bahaya jugak, lagi-lagi hal yang diviralkan banyak yang ambil sebelah pihak. Entah betul atau tak, entah orang buat salah tanpa sengaja atau dalam kecemasan, lepas tu tangkap gambar untuk viralkan. Lagi kesian bila komen dan share tanpa kita tahu apa-apa......

"(Ingatlah) ketika kamu menerima (berita bohong) itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit pun dan kamu menganggapnya remeh, padahal dalam pandangan Allah itu soal yang besar."
- Surah Al-Nur (24:15) -


Belum terlewat untuk kita ubah diri sendiri. Mengubah orang lain tak semestinya kita mampu, tapi kalau semua orang bergerak untuk ubah diri sendiri maka semuanya mampu, atas izin Allah. Yang menulis ni bukan sempurna, banyak dosa yang Allah tutup. Tulisan ini sekadar berkongsi rasa dan pendapat, sekaligus mengingatkan diri sendiri supaya berusaha lagi untuk baiki diri. Jadi, aku sendiri pun banyak benda kena baiki. Sama-sama ubah. Mohon maaf atas khilaf.

"Maka apakah kamu mengira bahawa Kami menciptakan kamu main-main (tanpa tujuan) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?" 
- Surah Al-Mukminun (23:115) -


:')

Nak tanya pendapat sila email ke bungatheory@gmail.com
Kalau berkesempatan nanti in shaa Allah akan share pendapat bagi soalan-soalan yang dah dijawab.
Jangan tanya soalan fizik biologi dan sewaktu dengannya, hakak tau masak je. Tu pun sesikit aje, sobs.